You are here: Perkhidmatan Skim Kebajikan Anggota

Skim kebajikan anggota

E-mail Cetak PDF

SKIM KEBAJIKAN ANGGOTA


1. KHAIRAT KEMATIAN

Kematian

Kadar

Dokumen diperlukan

Anggota

RM 2,500.00

1. Salinan sijil kematian

2. Salinan sijil pengkebumian

3. Salinan kad pengenalan anggota

4. Salinan kad pengenalan waris

Suami/Isteri

RM 750.00

1. Salinan sijil kematian

2. Salinan sijil pengkebumian

3. Salinan kad pengenalan

pemohon (suami/isteri)

4. Salinan sijil nikah (masih suami isteri yang sah)

Ibu/Bapa

RM 500.00

1. Salinan sijil kematian

2. Salinan sijil pengkebumian

3. Salinan kad pengenalan pemohon

4. Salinan kad pengenalan ibu/bapa

5. Salinan sijil surat beranak pemohon

Anak

RM 500.00

1. Salinan sijil kematian

2. Salinan sijil pengkebumian

3. Salinan kad pengenalan pemohon

4. Salinan kad pengenalan anak

5. Salinan sijil surat beranak anak


2. BANTUAN BENCANA ALAM

Peratus Kemusnahan

Kadar

Musnah keseluruhan (100%)

RM 1,000.00

Musnah (75%)

RM 750.00

Musnah (50%)

RM 500.00

(Kemusnahan disebabkan bencana alam seperti ribut, taufan, banjir besar, tanah runtuh, kebakaran dll)


3. BANTUAN PENYAKIT KRONIK

Penyakit Kronik Disahkan Doktor Pakar RM500.00

(Penyakit Kronik Yang Mengakibatkan Kesukaran Pergerakan)


4. BANTUAN PERALATAN

Penyakit kronik yang disahkan Doktor Pakar

(Penyakit kronik yang memerlukan peralatan -  kerusi roda, tandas duduk atau tongkat)


5. SUMBANGAN MENUNAIKAN HAJI

Haji Kali Pertama RM1,000.00

Syarat permohonan :

1. Menunaikan fardhu haji untuk kali pertama

2. Minima 10 tahun keanggotaan

Dokumen diperlukan:

1. Salinan kad pengenalan

2. Salinan surat penerbangan yang telah disahkan oleh  pegawai Tabung Haji.

 

6. DERMA BERSARA

Kadar : RM1,000.00

Syarat permohonan : Minima 10 tahun keanggotaan

Dokumen diperlukan :

1. Salinan kad pengenalan

2. Salinan notis persaraan / kad pesara

 

7. HADIAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Kelulusan

Hadiah

UPSR

RM 60

PT3

RM 70

SPM

RM 130

STPM /Matrikulasi/ Sijil

RM 150

Diploma

RM 170

Ijazah Sarjana Muda

RM 250

Ijazah Sarjana (Master)

RM 350

PHD

RM 500

Syarat Permohonan:

  • Hadiah ini boleh dipohon oleh anggota untuk diri sendiri/anak-anak anggota yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan Am Kerajaan
  • Pemohon adalah anggota SKOMK Perak Berhad melebihi 5 tahun

Kelulusan

Keputusan Peperiksaan

UPSR

5A

PT3

8A

SPM

8A

Matrikulasi

CGPA 3.50

Sijil

CGPA 3.25

STPM

CGPA 3.25 (sastera/kemanusiaan)

CGPA 3.00 (sains)

Diploma

CGPA 3.25 (ikhtisas/sastera/kemanusiaan)

CGPA 3.00 (teknologi/sains/akaun/kejuruteraan)

Ijazah Sarjana Muda

CGPA 3.25 (ikhtisas/sastera/kemanusiaan)

CGPA 3.00 (teknologi/sains/akaun/kejuruteraan)

Ijazah Sarjana (Master)

Lulus

PHD

Lulus

Cara Memohon:

  • Sertakan 1 salinan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa atau 1 salinan transkrip akhir peperiksaan atau 1 salinan sijil konvokesyen.
  • Borang permohonan dan salinan keputusan peperiksaan hendaklah dilengkapi dengan cop pengesahan dan tandatangan daripada pihak sekolah/jabatan pendidikan/universiti/kolej atau majikan.

Tarikh tutup permohonan: Sebulan selepas tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan atau sebulan selepas tarikh konvokesyen.