|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
Terima Kasih kerana memilih Portal Koperasi SKOMK sebagai salah satu dari portal anda. Disini kami amat mengambil berat tentang anda. Sila layari portal ini untuk maklumat-maklumat terkini, promosi dan pelbagai informasi khas disediakan untuk anda.
Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli?
Antara keistimewaan keanggotaan yang disediakan:
- Pembiayaan Segera
- Dividen
- Khairat Kematian / Insuran
- Derma Bersara
- Hadiah Pelajaran
Tulis komen (7 komen) |
|
Kemaskini terakhir ( Jun 25, 2010 at 04:33 PM )
|
|
|
Suruhanjaya Koperasi Dilulus |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPKM), sekali gus menggabungkan 5,052 koperasi di seluruh negara dengan aset bernilai RM25.1 bilion.
Serentak itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membentangkan rang undang-undang penubuhan SKM pada sesi Dewan Rakyat Julai ini. Tulis komen (0 komen) |
|
Kemaskini terakhir ( Jun 25, 2010 at 04:30 PM )
|
|
Teruskan bacaan...
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Nov 19, 2005 at 07:25 AM |
|
Ditubuhkan pada 13 Oktober, 1924 di bawah Akta Kerjasama 499/47/31 dengan nombor pendaftaran 22 dan dinamakan Syarikat Kerjasama Orang-orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-sama Kerana Jimat Cermat Serta SImpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad. Nama tersebut pernah dicatatkan di dalam Guiness Book Of World Records sebagai nama ringkas terpanjang iaitu SKOMKHPBSKJCSSDPWDTB. Nama tersebut kemudiannya ditukar kepada Syarikat Kerjasama Orang-orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Berhad yang lebih dikenali dengan panggilan ringkas SKOMK. Nama tersebut kemudiannya ditukar kepada Koperasi Orang-orang Melayu Kerajaan ( SKOMK HP ) Berhad sepertimana diperlukan mengikut peruntukan Akta Koperasi 1993. Pada tahun 2008 namanya ditukar kepada Koperasi Orang Melayu Kerajaan ( SKOMK ) Perak Berhad. Sejak penubuhannya pada 1924 hingga 1995, kawasan operasi koperasi ini ialah sekitar daerah Hilir Perak. Apabila kerajaan negeri mewartakan daerah baru Perak Tengah, Kampong Gajah ( parlimen Pasir Salak ) yang termasuk di dalam daerah baru tersebut dikekalkan sebagai sebahagian daripada kawasan operasi. Pada tahun 1995, pindaan undang-undang kecil dibuat dan kawasan operasi diluaskan ke empat daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung dan Batang Padang. Dalam tahun 2008, sekali lagi pindaan kawasan operasi di buat iaitu meliputi seluruh Negeri Perak kecuali Daerah Hulu Perak. Keanaggotaan koperasi ini terus menerus di buka kepada semua orang Melayu kakitangan kerajaan atau agensi kerajaan atau badan berkanun. Apabila kerajaan mengamalkan polisi pengswastaan, skop keanggotaan diteruskan kepada jabatan / agensi kerajaan yang telah diswastakan tersebut. Aktiviti awal koperasi ini adalah kredit ( pinjaman wang ) dan seterusnya berkembang kepada kepenggunaan ( elektrik, perabot, servis kenderaan dll ), pembangunan hartanah, pagak gadai Islam Ar Rahnu dan perladangan ( kelapa sawit ). Koperasi beroperasi di dua cawangan utama di Teluk Intan dan Seri Manjung.
Tulis komen (0 komen) |
|
Kemaskini terakhir ( May 11, 2010 at 05:02 AM )
|
|
Teruskan bacaan...
|
|
|
|